
Bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi, Samsung Malaysia Electronics dengan rasa berbesar hati mengadakan jualan promosi. Potongan harga sehingga RM600 akan diberikan kepada para pelanggan bermula pada 9 Februari sehingga 15 Februari 2018 di pengedar rasmi Samsung di seluruh Malaysia.
Pelanggan akan ditawarkan diskaun sehingga RM600 untuk peranti Samsung Galaxy S8 (asal RM3,299) dan S8+ (asal RM3,699) pada harga RM2,699 dan RM3,099. Bagi pelanggan yang membeli Samsung Galaxy Note8, Galaxy S8 dan S8+, anda akan menerima baucer Senheng bernilai RM388 yang boleh ditebus menerusi aplikasi mySamsung sebelum 25 Februari 2018.
Dua lagi model yang mendapat diskaun adalah Samsung Galaxy J7+ (asal RM1,299) yang diturunkan kepada RM1,099, manakala Galaxy J7 Pro (asal RM1,099) pula diturunkan kepada RM999 seunit.

