Wiko Mengumumkan Penggabungan Bersama Tinno – Bakal Perkenalkan Telefon Pintar Baru Di MWC 2018

Wiko adalah pengeluar yang boleh dikatakan berjaya menembusi pasaran tempatan dengan telefon pintar mampu milik mereka. Selepas hampir 7 tahun menjalinkan kerjasama rapat, Wiko dan Tinno akhirnya mengumumkan penggabungan mereka dalam langkah strategik untuk memperkukuh kedudukan Wiko menjadi peserta utama dunia dalam industri telefon pintar.

Hubungan rapat antara naib presiden senior Wiko, Laurent Dahan dan pengerusi Tinno Group, James Lin, menjadi motivasi utama dalam kerjasama itu kerana kedua-dua mereka melengkapkan kemahiran masing-masing untuk mencipta kejayaan global.

Wiko diketahui mempunyai kepakaran dalam penyelidikan pasaran, strategi berfokuskan kepada pengguna serta organisasi jualan yang unik, sementara Tinno pula adalah syarikat inovatif dalam pembangunan dan pengeluaran telefon pintar dengan pengetahuan industri dan kemampuan pengeluaran.

Wiko adalah sebuah jenama telefon pintar dari Perancis yang ditubuhkan pada tahun 2011 di Marseille dengan 30 juta pengguna di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia.

You might also like