AirPods 3 Dijangka Hadir Dengan Sokongan Kalis Air – Bakal Diperkenal Pada Tahun Ini?

Terdahulu, Apple telah pun mengemas kini barisan produk AirPods dengan beberapa penambahbaikan termasuk disertakan cip Apple H1 dan hadir dengan kotak pengecasan tanpa wayar (Wireless Charging Case).

[BACA : Apple AirPods Kini Hadir Dengan Kotak Pengesan Tanpa Wayar – Harga Bermula RM699! ]

Terbaru, kedengaran desas desus mengatakan jenama terkenal dunia itu dalam perancangan memperkenalkan AirPods generasi baru iaitu AirPods 3. Apple dijangka memperkenalkan AirPods 3 pada tahun ini – namun tarikh rasmi belum didedahkan.

Menurut sumber, AirPods 3 didakwa membawakan reka bentuk lebih segar di samping ciri baru termasuk sokongan kalis air dan fungsi noise cancelation secara terbina. Selain itu, titik jualan untuk AirPods 3 dijangka lebih tinggi berbanding generasi terdahulu.

[SUMBER]

You might also like