Budget Buddy, pengurus dana perbelanjaan
Budget Buddy adalah pengurus dana perbelanjaan dan bajet khas untuk pengguna peranti Windows yang menampilkan keupayaan untuk mengesan perbelanjaan dengan mengambil foto. Hanya snap gambar bil, resit, invois atau apa sahaja yang ada apabila anda membuat pembelian.
Antaramuka aplikasi yang minimal dan mudah akses membolehkan anda mengetahui tepat berapa banyak wang yang telah dihabiskan dan berapa banyak yang tinggal dalam bajet bulanan anda hanya dengan melihat jubin informasi pada skrin utama anda. Carta dan graf membantu anda menganalisis corak perbelanjaan anda dari bulan ke bulan.
Muat Turun: