Netflix Di Malaysia Untuk Terus Berkembang

2Kami dijemput oleh Netflix untuk menghadiri acara pengenalan rasmi mereka di sebuah penthouse mewah, semewah pengalaman Netflix yang dapat kami alami pada acara tersebut. Naib Presiden Divisyen Inovasi Produk Netflix, Todd Yellin, membuka acara dengan menceritakan sejarah Netflix yang bermula pada 1997 sehinggalah mereka menjadi nama besar ketika ini. Beliau juga menggariskan konsep asas dan pembaharuan yang telah dan ingin dibawa Netflix dalam mengubah cara pengguna menonton TV.

1Apa yang kami dapat rumuskan adalah terdapat 3 elemen utama yang diterapkan Netflix dalam servis mereka, iaitu peribadi, mudah dan pantas. Pasti ramai sudah tahu berkenaan servis asas yang ditawarkan Netflix, namun tidak ramai menyedari usaha di belakang tabir Netflix untuk mengubah landskap hiburan global, termasuk Malaysia.

3Netflix sedang bekerjasama dengan Double Vision, penyedia kandungan media dan digital terbesar di Malaysia dan juga beberapa individu kreatif tempatan untuk menghasilkan kandungan media tempatan. Impak usaha ini sangat besar, melalui kerjasama ini hasil kerja orang kita dapat ditonton oleh jutaan penonton di luar negara, bukan itu sahaja akses kepada kandungan-kandungan ini juga lebih pantas berbanding sebelum ini yang memakan masa berbulan-bulan, malahan juga ada yang mengambil masa bertahun. Ini jelas menunjukkan komitmen Netflix untuk bertapak lama di Malaysia dan menawarkan servis dan kandungan terbaik kepada pengguna di sini.

Bagi mereka yang belum pernah mencuba Netflix, bolehlah mendapatkan langganan percubaan percuma selama sebulan.

You might also like