TONE Studio, Peranti Audio Wearable Dengan Bunyi 3D Akan Mula Dipasarakan Tidak Lama Lagi

TONE Studio, sebuah peranti audio imersif wearable dari LG Electronics (LG) diperkenalkan pada acara CES 2017 yang lalu. Peranti tersebut akan mula dilancarkan secara berfasa bermula minggu ini di Timur Tengah, diikuti oleh Amerika Utara pada akhir bulan ini, manakala kawasan Asia dan Amerika Latin dijangkakan pada bulan April dan Eropah pada bulan Mei.

TONE Studio merupakan peranti audio yang dipakai di leher bagi membolehkan anda menikmati kualiti bunyi 3D dan imersif. LG bekerja rapat dengan DTS, sebuah syarikat dengan kepakaran audio bagi mendapatkan kualiti bunyi yang terbaik dari TONE Studio. Terbina di dalamnya adalah Hi-Fi DAC memelihara dan meningkatkan kualiti audio dari sumber. Bagi menjadikan peranti ini lebih menyeronokkan, dua TONE Studio boleh digunakan secara serentak dari sumber audio yang sama.

 

You might also like