Kini Lebih Mudah Untuk Menggunakan Waze Dan Spotify Ketika Memandu

1648
- Iklan -

Kerjasama di antara Waze dan Spotify membawakan pengalaman yang mudah dan menyeronokkan bagi pengguna jalan raya untuk menikmati muzik sambil menggunakan navigasi Waze.

Bermula hari ini, ciri baru akan mula dilancarkan secara berfasa kepada pengguna Android dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Ciri baru ini membolehkan anda mengaktifkan navigasi Waze dari dalam aplikasi Spotify dan juga mengakses playlist dan menukar trek lagu Spotify ketika berada di dalam aplikasi Waze. Sebagai langkah keselamatan, pengguna Waze hanya boleh melihat playlist mereka ketika kenderaan tidak bergerak sahaja.