Acer Swift 5 Sudah Tiba, Menyertai Swift 7 Dan Swift 3

- Iklan -

Acer Swift 5 dengan rekaan nipis dan ringan telah tiba di Malaysia, menyertai barisan komputer riba Swift 7 dan Swift 3 yang telah pun dilancarkan.

Dengan ukuran 14.58mm dan berat hanya 1.3kg, Acer Swift 5 datang dalam casis logam yang tahan lasak. Model ini juga dilengkapi skrin 14 inci Full HD dan juga kamera web Acer Crystal Eye HD untuk paparan berkualiti dan juga melakukan sidang video untuk bekerja.

Acer Swift 5 menggunakan pemproses 7th Gen Intel Core dan dilengkapi dengan SSD berkelajuan tinggi dengan variasi kapasiti 256GB atau 512GB ditambah pula dengan sehingga 8GB memori RAM untuk membantu tugas pemprosesan komputer.

Ia juga dilengkapi dengan port USB 3.1 Type-C, jelas menunjukkan hala tuju Swift 5 yang disediakan bagi kegunaan masa hadapan kerana kini dunia teknologi sedang di dalam fasa persediaan menjadikan USB Type-C sebagai standard baru.

Dari segi sekuriti pula, Acer Swift 5 dilengkapi dengan Acer Bio-Protection Fingerprint Reader, sistem pengesahan biometrik yang dipadankan dengan Windows Hello. Sistem ini membolehkan pengguna untuk mengakses akaun Windows mereka pada Acer Swift 5 dengan cara yang cepat dan selamat melalui pengimbasan hujung jari, tanpa perlu mengingati kata laluan mereka.

Acer Swift 5 boleh didapatkan dengan variasi warna Pearl White atau Obsidian Black pada harga RM3,499 bagi model 256GB dan RM4,499 untuk model 512GB. Kedua-dua varian tersebut boleh dibeli dari wakil penjual Acer di seluruh negara.

 

You might also like