Komputer Riba Ternipis Di Dunia, Kini Di Malaysia

1Kemajuan teknologi membolehkan pihak pengeluar melakukan sesuatu yang kita rasakan mustahil dilakukan pada suatu ketika dahulu. Dengan kerjasama Intel dan Microsoft, Acer berjaya menghasilkan komputer riba paling nipis di dunia, dengan ketebalan kurang daripada 1cm, sangat mengagumkan! Apa yang lebih baik adalah, komputer riba tersebut baru sahaja dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

1
Acer Swift 7

Acer Swift 7 adalah sebuah komputer riba yang sungguh elegan dan premium. Kerangka aluminium beserta kemasan hitam dan emas memberikan rupa yang sungguh mewah kepada peranti ini. Bukan itu sahaja, panel paparan Swift 7 juga dilengkapi panel gelas terbaik ketika ini, Corning Gorilla Glass 5 yang mempunyai daya tahan yang lebih baik daripada generasi sebelumnya.

3
Ketebalan hanya 9.9mm

2

Dari segi spesifikasi pula, Swift 7 dilengkapi cip pemproses i5 Generasi ke 7, ia adalah cip pemproses generasi terbaru dari Intel yang mampu memberikan kuasa pemproses yang lebih baik dari generasi ke 6 dan juga menawarkan penjimatan kuasa, sekali gus menjadikan Swift 7 antara komputer riba yang boleh beroperasi pada tempoh yang panjang. Bagi menyokong pemproses tersebut, Swift 7 dilengkapi 8GB DDR3 RAM dan juga 256GB SSD, supaya sistem operasi bekerja dengan lebih baik dan aplikasi dilancarkan dengan pantas.

Spesifikasi Swift 7

Dimensi 324.6 x 229.6 x 9.98 mm
Berat 1.1 kg (termasuk bateri)
Paparan 13.3 inci IPS, Full HD 1920 x 1080 piksel
Sistem Operasi Windows 10 Home 64-bit
Cip Pemproses Intel Core i5-7Y54 1.20 GHz
Grafik Intel HD Graphics 615
Storan 256GB Solid State Drive
Sambungan 802.11a/b/g/nac wireless LAN
Bluetooth 4.0
2 port USB Type-C
Mic/headphone/speaker jack
Bateri 42.66 Wh 4-cell Li-ion dengan kapasiti bateri sehingga 9 jam
Harga RM 4,999

 

1
Acer Swift 3

Di samping Swift 7, Acer juga memperkenalkan dua lagi model komputer riba, Swift 3 dan Spin 5. Swift 3 dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5 generasi ke 6, 4GB RAM dan 256GB SSD. Selain itu, ia juga datang dengan sedikit keistimewaan, Acer Fingerprint Reader dilengkapkan pada model ini bagi membolehkan pengguna mendapatkan ciri keselamatan yang terbaik. Anda cuma perlu meletakkan jari anda pada pengimbas yang berada di bahagian bawah papan kekunci untuk log masuk ke dalam komputer, pantas dan efisien.

3
Acer Fingerprint Reader

2

Spesifikasi Swift 3

Dimensi 340.4 x 236.2 x 17.8 mm
Berat 1.5 kg (termasuk bateri)
Paparan 14 inci IPS, Full HD 1920 x 1080 piksel
Sistem Operasi Windows 10 Home 64-bit
Cip Pemproses Intel Core i5-6200U 2.30 GHz
Grafik Intel HD Graphics 5500
Storan 256GB Solid State Drive
Bateri 3220 mAh (sehingga 10 jam)
Harga RM 2,899

 

1
Acer Spin 5

Spin 5 pula adalah sebuah komputer dua dalam satu yang boleh digunakan sebagai komputer riba atau tablet, lantas menawarkan fungsi mudah alih yang terbaik buat mereka yang kerap bergerak. Walaupun kecil dan mudah alih, model ini masih mampu menawarkan kemampuan mengendalikan aplikasi kerja yang baik, seperti melakukan penulisan dokumen, menonton video, mengakses emel, dan melayari Internet.

2 3

Spesifikasi Spin 5

Dimensi 327.6 x 228.6 x 20.3 mm
Berat 1.6 kg
Paparan 13.3 inci IPS, Full HD 1920 x 1080 piksel
Sistem Operasi Windows 10 Home 64-bit
Cip Pemproses Intel Core i3-6100U 2.30 GHz
Grafik Intel HD Graphics 520
Storan 128GB Solid State Drive
Bateri 3220 mAh
Harga RM 2,199

 

You might also like