
YouTube Kids, Khas Untuk Kanak-Kanak
Ini merupakan aplikasi rasmi dari Google khas untuk kanak-kanak menonton YouTube. Medium video sememangnya salah satu sumber hiburan dan juga informasi yang baik. Namun pasti anda semua sedar bahawa kanak-kanak sentiasa terdedah dengan kandungan berbahaya ketika melayari Internet, YouTube juga tidak terkecuali di dalam hal ini.
Oleh itu aplikasi YouTube Kids dihasilkan bagi menyediakan satu laman YouTube yang selamat untuk kanak-kanak menonton rancangan kegemaran dan pelbagai video lain yang sesuai dengan umur mereka. Jika anda mempunyai kanak-kanak di rumah, ini adalah salah satu aplikasi wajib yang perlu anda muat turun.
Muat Turun: