Viveport, Pusat Kandungan VR Dari HTC

2.1Teknologi VR semakin berkembang dari hari ke hari, dalam masa beberapa tahun lagi dijangkakan bahawa VR akan mengambil tempat dalam hadaman media digital pengguna. HTC merupakan salah satu jenama pelopor yang menyediakan peranti VR untuk pengguna, kini mereka merancang pula untuk menghidupkan Viveport, pusat akses kandungan digital VR untuk anda hadam.

2.2Viveport versi developers beta akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi ke hampir 30 buah negara. Melalui Viveport anda dapat menikmati pelbagai jenis kandungan digital seperti klip video, permainan dan juga berinteraksi dengan widgets. HTC bagaimanapun masih belum mengeluarkan senarai negara yang akan menerima servis Viveport untuk fasa pertama ini.

You might also like