

Nokia Malaysia telah mula menghantar kad jemput untuk ke majlis pelancaran Nokia 7 Plus dan Nokia 1 untuk pasaran tempatan yang bakal berlangsung pada 10 April 2018 ini.
Kepada yang belum tahu, Nokia 7 Plus adalah telefon pintar dengan nisbah skrin 18:9 juga yang pertama menggunakan cip pemproses Snapdragon 660, serta hadir bersama paparan IPS LCD 6-inci HD penuh+. Pada bahagian penggambaran, peranti ini menggabungkan dua lensa kamera iaitu 12 MP dengan aperture f/1.75 dan 12 MP telefoto 2x zum bersama aperture f/2.6 dengan sensor kamera menggunakan jenama Zeiss. Ia turut dibekalkan dengan RAM 4GB dan storan 64GB.

Manakala Nokia 1 pula hadir dengan skrin berwarna 4.5-inci IPS LCD FWGA yang dikuasakan pemproses MediaTek MT6737M. Memori dalaman pula dibekalkan RAM 1GB, serta storan 8GB. Tidak ketinggalan juga, kamera belakang menempatkan sensor 5 Megapiksel sementara kamera depan 2 Megapiksel. Peranti Android Oreo Go Edition ini dijana bateri sebesar 2,150mAh.
Kepada yang berminat untuk mengetahui harga jualan kedua-dua peranti ini, jangan ketinggalan untuk mengikuti eRing ya!

