Maxis OnePlan Tawarkan vivo V9 Pada Harga Hanya RM1!

vivo V9 telah dilancarkan ke pasaran Malaysia pada bulan lalu dengan tanda harga RM1,399. Bagaimanapun, untuk mendapatkan peranti ini pada harga jauh lebih rendah adalah mendaftar Maxis OnePlan hari ini dan anda berpeluang membawa pulang vivo V9 pada harga serendah RM1 sahaja.

Pelanggan yang ingin memiliki peranti vivo V9 pada harga RM1, mereka perlu mendaftar sekurang-kurangnya pelan Maxis OnePlan 158. Sementara, untuk Maxis OnePlan 98, peranti vivo V9 ditawarkan pada harga RM599 sahaja. Seperti biasa, pelan ini didatangkan sekali dengan kontrak selama 24 bulan, manakala pelanggan yang ingin menghentikan kontrak perlu membayar wang penalti.

Vivo V9 merupakan telefon pintar pertama vivo yang hadir dengan skrin penuh dan sistem penggambaran dwi-kamera. Peranti ini dicipta khusus kepada pengguna yang gemarkan fotografi lebih-lebih lagi yang ingin berswafoto.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan tawaran vivo V9, anda boleh layari laman sesawang rasmi Maxis.

 

Kalau tidak ingin terikat pada sebarang pelan, boleh juga beli di laman e-dagang seperti berikut:

 

 

You might also like