
11street merupakan pemain utama dalam industri gedung atas talian di Malaysia. 11street ialah syarikat di bawah pengurusan Axiata Digital Service dan SK Planet berasal dari Korea Selatan. Kini, setelah tiga tahun berada di pentas yang semakin ‘diterima’ ramai, 11street kini sedang menyambut ulang tahun yang ke-3 untuk tahun ini.
Oleh itu, satu kempen promosi iaitu “Birthday Flash Sales” telah dijalankan sehingga 13 April 2018, dimana ahli atau pengguna 11street boleh menikmati pelbagai jenis produk pada harga bermula RM3. Disamping itu, 11street juga menganjurkan “International Clearance Sale” yang menawarkan penghantaran barangan dari Korea secara ekspres dalam masa 7 hari.
Bagi memeriahkan lagi sambutan, 11street turut mengadakan satu peraduan kepada semua pengguna menawarkan hadiah sehingga RM50,000 untuk direbut.
Untuk pengetahuan anda, 11street kini menyediakan sebanyak 40,000 penjual yang berdaftar, malah produk dari Amerika Syarikat, Korea, dan China adalah yang terlaris setakat ini. Penjualan dalam kategori automotif, jam pintar, barang perhiasan wanita, dan barangan hiasan rumah adalah yang paling tinggi permintaan. Selain itu, produk yang paling banyak dijual antaranya ialah kamera kereta, baucar petrol, baucar panggung wayang, serta buku foto.
Jom membeli di 11street!