
Data Peribadi Pengguna OnePlus Diceroboh?
Jenama telefon pintar yang terkenal, OnePlus telah mendedahkan bahawa berlaku pencerobohan data bagi pengguna peranti itu pada minggu lepas.
Mereka mendakwa bahawa pencerobohan tersebut dilakukan oleh pihak ketiga yang mana telah menceroboh data pelanggan OnePlus.
Antara data pelanggan yang menerima kesan adalah e-mel, nama pengguna, contact dan alamat. Namun data yang lebih sulit seperti kata laluan, akaun pengguna tidak terjejas.
Justeru, OnePlus telah mengambil langkah proaktif dengan menyekat penceroboh daripada mengakses data pengguna. Mereka turut memperketatkan kawalan terhadap data pengguna.
Ekoran daripada insiden ini, Pihak OnePlus telah memohon maaf tentang apa yang telah berlaku.
____________________________________
Artikel Berkaitan:
- Dapatkan OnePlus 7T Pro Di Malaysia Pada Harga RM3,399 – Ketersedian Bermula Hari Ini!
- OnePlus 7T Pro Kini Rasmi – Hadir Dengan Snapdragon 855 Plus & Dijual Pada…