
Smart Battery Case keluaran Apple kini menyambut variasi baharu bagi siri iPhone 11, ia ditawarkan pada harga RM539 bagi ketiga-tiga model iPhone 11/11 Pro/11 Pro Max dalam pilihan warna hitam, putih dan pink sand.
Smart Battery Case ini boleh dicas lebih laju dengan pengecas USB-PD, di samping juga menyokong pengecasan melalui Lightning. Menurut Apple, ia mampu menawarkan hayat bateri lebih 50% bagi peranti anda.
Apa yang baharu dalam Smart Battery Case kali ini berbanding yang sebelumnya, adalah kehadiran butang khas kamera yang dapat membuka aplikasi kamera dengan pantas tanpa menyahkunci iPhone anda.
Anda boleh dapatkan Smart Battery Case ini di laman rasmi Apple mulai sekarang.

