[ HANYA 6 SEPTEMBER ] Produk Xiaomi Potongan Harga Sehingga 57% Di Lazada

Peranti baharu POCOPHONE F1 baru sahaja diperkenalkan rasmi ke pasaran tempatan, dengan tanda harga RM1,237 bagi varian 6GB + 64GB (RM1,299 bermula 10 September) dan RM1,428 bagi varian 6GB + 128GB (RM1,499 bermula 10 September) boleh dikatakan peranti yang paling mesra pengguna dalam kategori cip pemproses Snapdragon 845.

Jualan rasmi di kedai Mi Mid Valley disambut meriah dengan peminat Xiaomi

Dalam masa singkat sahaja ia telah habis terjual di laman e-dagang Lazada, sama juga hari pertama jualan di pusat membeli-belah Mid Valley pada 30 Ogos yang lalu, suasana kedai Mi dipenuhi dengan pelanggan.

Sekilas Pandang POCOPHONE F1

 

Sekiranya anda masih berminat, maka perlulah ikuti jualan promosi Super Brand Day dari Lazada yang hanya berlangsung SEHARI SAHAJA iaitu 6 September.

Tawaran menarik ini menawarkan potongan harga sebanyak 57% bagi peranti Xiaomi seperti POCOPHONE F1, Mi A2 dan banyak lagi, hadiah eksklusif juga akan diberikan secara percuma. Jadi jangan terlepas peluang untuk miliki peranti idaman anda.

 

 

You might also like