Reviu Eksklusif: Berbaloi Ke Nak Beli realme 6?? Try La Baca!!!

Baru sahaja realme 6i dilancarkan di pasaran tempata, dan kini realme lancar lagi satu model iaitu realme 6. Memang boleh rambang mata kalau korang nak pilih. Tapi korang rasa berbaloi ker nak beli peranti ini? Korang baca la sendiri!

Rekaan Yang Meleleh Air Liur

Kalau korang tengok rekaan pada panel belakang sangat cantik khususnya pada warna yang ditampilkan. Bukan hanya memperlihatkan satu warna sahaja, tetapi ia menggunakaan rekaan gradient warna daripada warna yang pekat sehingga cerah. Ia memberikan sentuhan berbeza pada peranti ini. Tampil dengan 2 varian warna iaitu Comet Blue dan Comet White.

Seperti rekaan tipikal telefon yang lain, kamera peranti ini disusun secara mengegak pada panel belakang. Pada skrin depan pula ditampilkan dengan skrin berlubang di bahagian bucu.

Tapi sedikit rasa kurang senang, ketebalan kamera pada panel belakang membuatkan peranti ini tidak setabil apabila ia diletakkan di permukaan rata.

Mesti tak puas kan nak tengok?? Nah tengok laa sendiri!!!

Skrin Macam Flagship!!!

Kalau korang nak tahu, skrin realme 6 ini tampil dengan 6.5” Full HD+ (2340 × 1080). Yang pasti, ia dihadirkan dengan  IPS LCD dan tampil dengan sokongan kadar segar semula 90Hz. WOWOWOWOW!!!! Jarang-jarang peranti kelas pertengahan dihadirkan dengan spesifikasi ini.

Jadi memang tak dapat sangkal lagi, memang tontonan pada peranti ini sangat baik khususnya dari aspek perincian dan warna yang terhasil pada skrin ini.

 

Pemproses Memang Best!

Korang pun tahu kan, telefon ini sangat sesuai untuk si kaki game. Jadi pemproses kena la power. Jika tidak telefon tu hanya tambah stress otak kita je kan!! Kalau nak tahu, realme 6 ini hadir dengan pemproses MediaTel Helio G90T. Ia turut dipadankan dengan 8GB RAM dan storan sebesar 128GB. So memang nak main game sangatlah smooth. Jadi kami pon cuba la menguji sejauh mana kehebatan kehebatan pemproses ini. Dan ini adalah result bagi peranti ini!

 

Kamera Perform Giler!

Apa yang best mengenai realme 6 ini, walaupun ia sesuai untuk digunakan ketika bermain game, tetapi ia juga tidak lupada pada fungsi kamera apabila ia hadir dengan kamera menakjubkan 64MP (f/1.75) + 8MP (f/2.4) + 2 MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4) bagi kamera belakang. Bagi kamera hadapan pula ia disertakan dengan 16MP!

Apa yang menarik, hasil gambar yang terhasil sangat kemas khususnya dari warna yang terhasil. Tidak nampak terlalu ‘fake’. Warna yang terhasil hampir tepat dengan warna sebenar. Apa yang lagi penting warna yang terhasil sangat vibrant.

Kamera hadapan juga memang sangat sesuai buat kaki selfie khususnya bagi si kaum hawa. Dah nak raya ni kan. Jadi memang sesuai laa untuk korang merakam gambar nanti.

Jom tengok hasil gambar!!

Bateri Menang Padoks!!

Kalau nak tahu, realme 6 ditampil dengan kapasiti bateri yang boleh tahan iaitu 4300mAh. Apa yang lebih menarik apabila ia disertakan dengan  Pengecasan pantas 30W. Kalau dilihat dari atas kertas, memang sangat berdesup. Jadi kami cuba menguji sejauh mana kepantasa peranti ini mengecas.

Kami mula mengecas peranti ini pada jam 4.09 petang iaitu ketika bateri berada pada 2%.

Ia telah mencapai 100% pada jam 5.11 petang. Mengambil masa hanya selama 1 jam 2 minit. Wowowow!!! Not bad jugak untuk kelas pertengahan.

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, peranti ini adalah peningkatan yang sangat baik berbanding model sebelum ini. Tidak kira dari aspek pemproses, rekaan mahupun kamera, semuanya ditingkatkan dengan sangat baik. Sememangnya peranti ini berbaloi untuk korang miliki pada harga RM1199.

 

You might also like