Xiaomi Mi Box, Pusat Hiburan Terbaru

Mi BoxRamai yang tertunggu-tunggu akan pengumuman set-top box terbaru dari Xiaomi pada acara Google I/O 2016 setelah Hugo Barra mengeluarkan update pada akaun Twitter beliau, namun kehadiran beliau pada acara tersebut hanyalah sebagai tetamu, tiada pengumuman tentang peranti tersebut pada acara tahunan Google itu.

Sebaliknya Xiaomi mengumumkan peranti tersebut melalui salurannya sendiri dan ia mendapat sambutan yang hangat dari ramai pihak. Set-top box yang dikenali sebagai Mi Box bakal dijual pada pasaran global dan ini sememangnya satu berita yang sangat baik kerana sebelum ini hanya pengguna di China sahaja yang boleh mendapatkan set-top box Xiaomi.

1Mi Box menggunakan sistem operasi Android TV dan menyokong resolusi 4K, selain itu juga hadir bersama peranti sampingan seperti alat kawalan suara bluetooth dan juga alat kawalan permainan.

Mi Box boleh dijadikan pusat hiburan terbaru anda di rumah kerana bukan sahaja anda boleh menonton rancangan kegemaran, malah anda boleh mengakses kandungan Internet, bermain permainan video dan bermacam-macam lagi servis lain.

1.3Antara servis yang anda boleh akses adalah Netflix, YouTube, TED dan pelbagai lagi. Xiaomi juga mempunyai rekod yang sangat cemerlang dalam menghasilkan perkakasan rumah, sebelum ini mereka mengeluarkan pelbagai jenis peranti keselamatan rumah dan juga sistem pencahayaan pintar.

 

You might also like