
Xiaomi Bakal Perkenalkan Telefon Dengan Kamera Di Bawah Skrin Pada CES Januari Tahun Hadapan?
Kita pastinya sudah biasa dengan telefon dengan skrin bertakuk atau pop-up kamera pada peranti pintar. Ini sesuatu yang menarik apabila Xiaomi dikatakan bakal memperkenalkan telefon yang tampil dengan kemera di bawah skrin.
Mereka dikatakan bakal memperkenalkan peranti tersebut di CES yang bakal berlangsung pada 10 Januari tahun hadapan di Las Vegas Amerika Syarikat.

Satu gambar yang tertiris memperlihatkan gambar sebuah telefon dengan perkataan MIX tertulis pada produk tersebut.
Pendedahan gambar ini secara tidak langsung menimbulkan spekulasi bahawa peranti ini bakal tampil dengan pada Mi Mix 4.
Masih tidak diketahui kesahihannya. Jadi sama-sama kita nantikan!!
_______________________________
Artikel Berkaitan:

