
Kemas Kini Android Marshmallow Untuk OnePlus 2
Berita baik buat pemilik OnePlus 2 kerana Oxygen OS 3.0 berasaskan Android Marshmallow sudah tersedia untuk anda naik taraf dari versi sekarang, melalui naik taraf ini anda bakal menikmati beberapa tambah baik dan fumgsi baru.
Antara yang ditawarkan pada versi terbaru adalah fungsi Doze yang mampu memanjangkan jangka hayat bateri, menu kamera yang baru, tambah baik perisian pengimbas cap jari dan lain-lain. Ramai dari pemilik OnePlus 2 sebelum ini melahirkan rasa resah mereka apabila terpaksa menunggu beberapa bulan sebelum kemas kini tersebut dilancarkan secara rasmi.