ZTE Nubia Z17 Habis Dijual Dalam Masa 51 Saat?!

Pelancaran telefon pintar Nubia Z17 baru-baru ini memang hangat nampaknya, sehinggakan penjualannya mengambil masa hanya 51 saat sahaja. ZTE cuma menyediakan 10 ribu unit melalui jualan atas talian di pasaran China iaitu JD.com.

Kemungkinan disebabkan perkakasan yang hebat membuatkan ramai tertarik kepadanya. Nubia Z17 menawarkan cip pemproses Snapdragon 835 bersama RAM setinggi 8GB, selain storan dalaman sehingga 128GB untuk varian teratas, manakala varian asas hadir dengan RAM 6GB, storan 64GB dan satu lagi varian mendapat RAM sebesar 6GB dengan ruangan storan sebanyak 128GB.

ZTE menyatakan jualan seterusnya pula akan diadakan pada tarikh yang sama pada pelancaran Honor 9 kelak.

You might also like