[Tip] Berasa Hairan Kenapa Data Internet Yang Tinggi Pada Facebook?! Matikan Video ‘Auto-play’!

Laman sosial paling popular iaitu Facebook merupakan antara aplikasi yang pasti ada di dalam kebanyakan peranti yang dimiliki oleh kebanyakan daripada kita. Tetapi sedar atau tidak aplikasi Facebook sebenarnya memiliki kelemahannya yang sangat menjengkelkan iaitu penyumbang terbesar yang menyebabkan peranti anda cepat kehabisan bateri tanpa disedari. Kini satu lagi fungsi yang tidak kurang menjengkelkan terutamanya bagi pemilik peranti dengan kuota data Internet yang kecil adalah fungsi video ‘auto-play’.

Fungsi ini akan memainkan video yang telah dikongsikan pada paparan News Feed akaun Facebook anda secara automatik dan secara tidak langsung akan menggunakan data Internet untuk proses streaming video tersebut. Jadi kami akan kongsikan tip untuk mematikan fungsi ‘auto-play’ ini pada peranti Android ataupun iOS anda.

 

:: Facebook Android ::

  1. Akses aplikasi Facebook dan klik pada Menu yang tampil dengan simbol tiga garisan bertindih yang terletak di bahagian atas kanan.
  2. Seterusnya tatal paparan skrin ke bawah dan klik pada menu App Settings.
  3. Klik pada menu Autoplay untuk mengakses tetapan pemain video automatik.
  4. Kini anda boleh memilih sama ada menu ‘On Wi-Fi Connections Only’ ataupun ‘Never Autoplay Videos’.

 

:: Facebook iOS ::

  1. Akses aplikasi Facebook dan pada bahagian bawah paparan, klik pada menu More yang tampil dengan tiga garisan bertindih. Tatal paparan skrin ke bawah dan pilih menu Settings.
  2. Satu tetingkap akan dipaparkan dan klik sahaja pada menu Account Settings.
  3. Seterusnya klik pada menu Videos and Photos.
  4. Pada bahagian VIDEO SETTINGS pilih menu Auto-play.
  5. Kini anda boleh memilih sama ada menu ‘On Wi-Fi Connections Only’ ataupun ‘Never Autoplay Videos’.

 

Hah… kan senang?! Langkah simple je dah boleh settle problem data tak cukup nie! Bagus…

You might also like