EZdiscount Kini Telah Rasmi Malaysia, Dapatkan Diskaun Barangan Serta Komisyen Apabila Anda Berkongsi Dengan Teman Anda

 

Berita baik buat kaki shoping atas talian di Malaysia, terbaharu aplikasi EZdiscount kini telah rasmi di Malaysia yang menawarkan barangan yang anda minati pada harga yang murah.

EZdiscount merupakan aplikasi pertama yang dibawakan oleh Tmall dan Taobao, di mana ia merupakan platform rebat beli belah eksklusif untuk rakyat Malaysia. Ia menyajikan harga yang sangat murah. Dalam erti kata lain, semakin banyak anda membeli, semakin banyak ganjaran yang bakal anda terima.

Anda bukan sahaja mendapat potongan harga dan ganjaran tetapi juga komisyen apabila anda berkongsi baucer diskaun dari EZdiscount di media sosial anda. Lebih banyak anda berkongsi, lebih ramai orang membeli maka lebih banyak komisyen yang bakal anda terima.

EZdiscount telah bekerjasama dengan syarikat telco yang terkemuka di Malaysia, mempromosikan penjenamaan, KOLs dan pasukan operasi tempatan dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan efisyen kepada pengguna.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memuat turun EZdiscount di Playstore atau Apps Store.

Cara untuk mendapatkan baucer diskaun juga adalah mudah. Anda hanya perlu salin nama produk yang anda inginkan di Taobao dan bukan EZdiscount kemudian tampal salinan tersebut. Klik ‘Grab the Vaucher’ kemudian ia akan membawa anda ke laman Taobao. Anda kini boleh meembeli pada harga diskaun.

Cara untuk mendapatkan komisyen juga mudah. Anda hanya perlu pilih barangan yang mempunyai diskaun di EZdiscount, kemudian klik pada Share to earn. Kongsi pautan tersebut di Wechat, Facebook atau Whatsapp. Selepas teman anda membeli barangan tersebut, anda akan menerima komisyen.

Buat masa ini hanya versi Mandarin sahaja tersedia, bagi versi Inggeris ia bakal tiba pada bulan Julai ini.

You might also like