Ura-Ura: Fungsi Baru Pada Android O

Google I/O 2017 masih lagi jauh, acara yang dijadualkan bermula pada 17 Mei ini akan memperkenalkan sistem operasi Android O bersama beberapa teknologi baru dari Google.

Walaupun masih jauh, masih terdapat beberapa ura-ura yang mula berlegar berkenaan fungsi yang akan disertakan pada Android O. Berikut adalah 2 ciri yang mungkin hadir pada versi terbaru Android:

  1. Copy Less

Memudahkan anda untuk menyalin teks tanpa perlu bersusah payah sebelum ini. Bayangkan situasi rakan anda bertanyakan cadangan restoran, lalu anda ke pelayar web untuk mencari restoran kegemaran anda. Apabila anda sudah kembali ke perbualan teks, nama restoran tersebut sudah siap sedia untuk ditampal ke ruangan teks secara automatik.

  1. Gesture baru

Fungsi ini sudah pun digunakan pada majoriti telefon pintar Huawei, contohnya anda boleh membuat gesture “C” untuk mengakses senarai kenalan. Tidak dapat dipastikan bagaimanakah Google akan mengimplementasi fungsi ini. Pada peranti Huawei, pemilik perlu menggunakan buku jari untuk mengaktifkan fungsi gesture ini.

 

You might also like