
HARGA: RM2,399
JOI, jenama yang tidak asing lagi di pasaran tempatan di dalam penghasilan peranti 2 dalam 1 (tablet + komputer riba). Selepas kejayaan terhadap beberapa model keluarannya, kini mereka kembali dengan model baru yang dikenali sebagai JOI 12. Tidak seperti JOI 10 Flip yang menawarkan harga mampu milik, JOI 12 ditawarkan dalam kelas tinggi dengan harga RM2,399. Ingin mengetahui apakah kelebihan yang dimiliki oleh peranti ini? Teruskan membaca…
SPESIFIKASI
- Sistem Operasi: Windows 10
- Pemproses: Intel Core m3-6Y30
- Ukuran: 302.9 x 194.9 x 9.2 mm
- Berat: 0.97g
- Grafik: Intel HD
- Skrin: 12.2 inci, HD IPS
1920 x 1200 piksel
- Memori Dalaman: 128GB
- RAM: 4GB
- Kamera Utama: 5 Megapiksel
- Kamera Depan: 2 Megapiksel
- Bateri: 10,000mAh
- Sambungan: WiFi & Bluetooth 4.0
- Port: USB 3.0, USB Type-C, slot kad tambahan microSD & Pengecas DC
Mengapa perlu memiliki peranti 2 Dalam 1 ini?
- Peranti 2 dalam 1
Anda boleh memilih untuk menggunakannya sebagai tablet mahupun komputer riba. - Papan Kekunci & Trackpad
Ia didatangkan dengan papan kekunci dan trackpad yang berfungsi seperti komputer riba biasa. - Paparan Skrin
JOI 12 menampilkan paparan skrin berukuran 12.2 inci dengan resolusi 1920 x 1200 piksel. - Seberat 970g
Rekaan yang kompak ini juga memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana sahaja. - Bateri Li-Ion 10,000mAh
Pengguna komputer riba sering berdepan dengan masalah bateri bukan? Jangan risau, kerana ia menawarkan bateri sebesar 10,000mAh yang boleh digunakan seharian. - Windows 10
JOI 12 telah dioperasikan oleh Windows 10 yang telah menerima beberapa perubahan baru yang menarik! - Pemproses Intel & RAM
Ia juga telah dikuasakan oleh pemproses Intel Core m3 – 6Y30 yang diserikan bersama 4GB RAM dan memori dalamam berkapasiti 128GB. - Pakej pembelian
JOI 12 hadir dengan pakej pembelian lengkap, berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
PAKEJ PEMBELIAN
JOI 12 menawarkan pakej pembelian yang menarik, berbaloi dengan harganya. Lebih istimewa, setiap pembelian akan disertakan sekali dengan papan kekunci magnetik & trackpad, serta percuma Microsoft Office 365 selama setahun.
- JOI 12
- Pelindung skrin
- Paparan kekunci magnetik & Trackpad
- Adapter pengecas
- Buku panduan
- Kotak pembungkusan
FIZIKAL
Fizikal merupakan salah satu aspek utama yang akan dititikberatkan oleh pengguna di dalam pembelian tablet mahupun komputer riba. Selain menawarkan rekaan yang kompak, ia juga menawarkan fungsi menarik, sesuai dengan harga yang ditawarkan. Malah kehadiran papan kekunci bersama trackpad pula membolehkan anda menggunakan JOI 12 seperti komputer riba biasa.
▲ Sokong paparan skrin berukuran 12.2 inci dengan resolusi HD IPS.
▲ Papan Kekunci dan trackpad yang diperbuat daripada baldu.
▲ Disediakan dengan sebuah stand yang boleh dilaraskan.
▲ Port yang terdiri daripada 3.5mm audio jack, USB Type-C, pengecas, ruangan untuk memori tambahan dan USB 3.0 serta dua buah speaker.
▲ Turut tersedia butang Power dan butang laras Volume.
▲ Bahagian bawah tersedia dengan port untuk disambungkan dengan papan kekunci.
▲ Panel belakang menempatkan kamera beresolusi 5 Megapiksel.
CIRI-CIRI MENARIK
Mod Tablet
Sesuai dengan namanya sebagai peranti 2 dalam 1, istimewanya JOI 12 ini, ia boleh digunakan sebagai tablet mahupun sebuah komputer riba pada satu-satu masa. Walaupun menawarkan paparan skrin berukuran 12.2 inci, penggunaan sebagai tablet masih sesuai ditambah pula dengan kehadiran Mod Tablet yang memudahkan anda untuk mengawal peranti ini.
Microsoft Office
Salah satu ciri menarik yang ada pada komputer 2 dalam 1 ini adalah disediakan dengan aplikasi Microsoft Office yang diberikan secara percuma selama sebulan. Kini, anda boleh membuat pelbagai kerja pejabat di rumah hanya menggunakan JOI 12 sahaja. Sokongan pelbagai dokumen pejabat seperti Word Mobile, Excel Mobile, PowerPoint Mobile dan OneNote juga memudahkan urusan kerja anda.
Battery Saver
Jarang kita lihat komputer riba dilengkapi dengan mod Baterry Saver bukan? Walaupun telah dibekalkan dengan kapasiti bateri sebesar 10,000mAh, tetapi ia masih tidak mencukupi? Tetapi dengan JOI 12, anda tidak perlu risau kerana ia telah menyediakan mod Battery Saver yang akan menjimatkan bateri dengan menutup aplikasi yang tidak digunakan.
Kamera 5 Megapiksel
Sepertimana tablet / komputer riba yang ada di pasaran, JOI 12 telah dibekalkan dengan penggambaran utama 5 Megapiksel bersama kamera depan 2 Megapiksel. Walaupun resolusinya rendah, hasil gambar yang diambil masih memuaskan. Malah fungsi mengedit gambar juga terasa lebih mudah dengan adanya pelbagai filters dan juga effects menarik untuk anda mencubanya!
Windows 10
JOI 12 telah dioperasikan oleh Windows 10, yang mana hadir dengan paparan antaramuka yang lebih ringkas dan mesra pengguna. Selain itu, kehadiran fungsi Cortana pula memudahkan anda untuk mencari maklumat, panggilan, menghantar mesej dan beberapa lagi dengan menggunakan arahan suara sahaja, sama seperti Siri dan Google Now.
Ujian Kelajuan CrystalDiskMark
Kami juga telah menjalankan ujian kelajuan proses data bagi stor dalaman JOI 12. Dengan menggunakan perisian CrystalDiskMark untuk mendapatkan data kelajuan pemproses read dan write peranti 2 dalam 1 ini. Gambar yang disertakan menunjukkan ujian, data yang penting dalam ujian ini adalah keputusan ujian Seq dan juga 4K.
| Proses | Penerangan | Keputusan |
| Seq | Mengukur kelajuan hard disk anda dalam memindahkan fail besar. Contohnya melancar program, menyalin video, album foto, atau track lagu di dalam cakera keras yang sama. | 430.9 (membaca) 205.3 (menulis) |
| 4K | Mengukur berapa cepat cakera keras anda boleh mengakses fail kecil yang bertaburan secara rawak di dalam hard disk. Lebih tinggi nombor ujian 4K, maka lebih baik prestasi komputer anda dalam proses berkaitan sistem operasi dan membolehkan anda menjalankan lebih banyak program background seperti anti virus, firewall dan lain-lain. | 13.77 (membaca) 57.85 (menulis) |
Hasil Gambar
PRO
- Menggunakan kualiti bahan yang baik.
- Hadir dengan pakej pembelian lengkap.
- Ditawar sekali dengan papan kekunci bersama trackpad.
- Sokongan stand memudahkan anda untuk membuat kerja dan menonton video.
- Penyedian pelbagai port terkini seperti USB Type-C dan USB 3.0, dilihat satu kelebihan buat peranti ini.
KONTRA
- Harga yang ditawarkan agak mahal.
- Paparan skrin mudah meninggalkan kesan jari.
- Bateri berkapasiti 10,000mAh cepat habis walaupun mengaktifkan mod penjimatan bateri.
- Aplikasi Microsoft Office hanya diberikan set percubaan secara percuma selama sebulan sahaja.





