
Siri HONOR V30 Rasmi – Sokong Cip Pemproses Kirin 990 + Kamera Utama 40MP
Akhirnya seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, HONOR kini secara rasmi memperkenalkan siri HONOR V30 dalam sebuah majlis pelancaran yang berlangsung di China, sebentar tadi. HONOR dilihat memperkenalkan sekurang-kurangnya dua buah model di bawah siri ini iaitu HONOR V30 dan HONOR V30 Pro – Kedua-duanya membawa pelbagai penambahbaikan ketara baik dari segi dalaman mahupun luaran.

HONOR V30
HONOR V30 membawakan paparan berukuran 6.57 inci FHD+ bersama rekaan skrin berlubang menempatkan dwi kamera selfie – dengan lensa 32MP + 8MP. Paparan ini menerima pensijilan TÜV Rheinland – bagi menyediakan paparan yang lebih selesa terutamanya ketika menggunakan peranti dalam persekitaran gelap.

Untuk spesifikasi dalaman, HONOR V30 dikuasai oleh gabungan dual pemproses : cip Kirin 990 + modem Balong 5000 untuk sambungan 5G. Ia juga diselitkan dengan sokongan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB ROM.
Melengkapinya lagi adalah bateri berkapasiti 4,200mAh dengan pengecasan pantas 40W dan tidak mempunyai sokongan untuk pengecasan tanpa wayar. HONOR V30 menggunakan teknologi Matrix Camera dengan persediaan tiga kamera utama : 40MP (Sony IMX600) + 8MP (telephoto) + 8MP (Ultra-Wide).
HONOR V30 PRO
Masih mengekalkan sejumlah ciri yang sama seperti HONOR V30, model ini juga membawakan teknologi luar biasa. HONOR V30 Pro dibina dengan paparan bersaiz 6.57 inci dengan resolusi FHD+. Ia turut membawakan rekaan skrin berlubang dengan sokongan dwi kamera selfie – dengan gabungan kamera 32MP + 8MP.

Enjin dalaman HONOR V30 Pro didorong oleh cip pemproses Kirin 990 (7nm) yang disepadukan dengan modem 5G – SoC ini membawakan sokongan untuk 5G dwi-mod SA (Standalone) dan NSA (Non-Standalone). HONOR mendakwa keupayaan AI pada Kirin 990 adalah lebih pantas berbanding chipset Apple A13.
Melengkapinya, bateri berkapasiti 4,100mAh yang tuurt menyokong pengecasan pantas 40W. Ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar 27W dan pengecasan berbalik 7.5W. Untuk kamera, HONOR V30 dilengkapi dengan persediaan tiga kamera utama – 40MP (Sony IMX600) + 8MP (telephoto) + 12MP (Ultra-Wide Angle).
HARGA & KETERSEDIAAN :
HONOR V30
- 6GB RAM + 128GB ROM – 3,299 Yuan (kira-kira : RM 1,950)
- 8GB RAM + 128GB ROM – 3,699 Yuan (kira-kira : RM 2,184)
HONOR V30 PRO
- 8GB RAM + 128GB ROM – 3,899 Yuan (kira-kira : RM 2,302)
- 8GB RAM + 256GB ROM – 4,199 Yuan (kira-kira : RM 2,479)




