
Impian Tidak Tercapai OnePlus

Carl Pei, orang yang bertanggungjawab mengasas dan membangunkan OnePlus baru-baru ini berkongsi satu imej yang sangat menarik. Dalam diam-diam rupanya OnePlus pernah cuba membangunkan peranti jam tangan pintar.
Gambar lakaran jam tangan pintar tersebut disertakan dengan Tweet berbunyi “What could have been but never will be. Sketches circa 2015. #throwback”, ia jelas menunjukkan bahawa OnePlus pernah cuba membangunkan sebuah jam tangan pintar sekitar tahun 2015.
Namun adakah Carl Pei ada motif tersembunyi dengan berkongsi lakaran tersebut? Adakah OnePlus akan kembali semula ke meja perbincangan dan menghidupkan semula model di dalam lakaran tersebut? Semuanya masih belum jelas, kerana ketika ini OnePlus sedang hangat dalam memasarkan smartphone OnePlus 3 yang baru sahaja dilancarkan.