
Sokongan Pantas Android Nougat Dari HTC Untuk Peranti…
Usaha HTC melakukan pengumuman dan komitemen untuk memberikan sokongan kemas kini Android Nougat yang pantas harus dipuji dan dicontohi syarikat lain. Tidak sampai 24 jam pengumuman rasmi nama Android Nougat dilakukan oleh Google, HTC bertindak pantas dengan menyenaraikan HTC 10, HTC One A9 dan juga HTC One M9 sebagai peranti yang akan menerima kemas kini Android Nougat untuk fasa pertama apabila OS itu dilancarkan kelak.
Para peminat HTC juga masih berharap agar kemas kini Android Nougat akan diberikan kepada model-model lama, dan sehingga kini HTC masih belum memberikan apa-apa informasi berkenaan perkara tersebut.
Diharapkan pengeluar lain juga melakukan pengumuman secepat mungkin berkenaan sokongan kemas kini ini, sebagai pengguna kita pastinya akan berasa dihargai apabila pihak pengeluar memberikan maklumat dan informasi terkini berkenaan peranti dan teknologi yang kita miliki.