Keunggulan Lensa 48MP HONOR View20, Prestasi Cemerlang Kirin 980 Dengan Gaya Tiada Tandingan

Bilamana perkembangan teknologi dilihat semakin berkembang, boleh dikatakan telefon pintar mula memenuhi pasaran dunia bagai cendawan tumbuh melata selepas hujan.

Bahkan jikalau perasan, kita dapat saksikan sendiri kini begitu banyak pengeluar telefon pintar yang berlumba-lumba menghasilkan produk terbaik pada harga mampu milik supaya bersesuaian mengikut trend masa kini, namun niat ini sering kali tidak membawa kejayaan lain pula dengan HONOR View20.

Bagi meneruskan perkembangan teknologi kian meledak, HONOR melangkah setapak ke hadapan meninggalkan yang lain jauh ke belakang melalui kemunculan HONOR View20.

Sedia maklum, kehebatan yang dimiliki HONOR View20 sememangnya tidak dapat disangkal. Malah, keindahan susuk tubuh dan ‘enjinnya’ memukau pandangan sekaligus memberi ketenangan luar biasa kepada si pemakai. Memang NIKMAT!

Salah satu titik penting keunggulan HONOR View20 terletak pada kamera utama – sensor SONY IMX586 48MP dilengkapi AI Ultra Clarity Mode. Sensor ini ternyata membuatkan ramai bagaikan terpukau dan terdiam seketika.

Mana tidaknya, sebab perincian pada kualiti hasil gambar cukup menarik. Ia menangkap setiap butiran lebih tajam, malah struktur warna pula kelihatan ‘hidup’. Nak bukti? Lihat  sajaha gambar di bawah ini:

Part ini tidak boleh terlepas! HONOR View20 juga mengusung kamera utama dengan sensor 3D ToF. Sensor di mana ia akan menganalisa subjek sebelum mengubah bentuk di dalam imej atau video.

Melaluinya, telefon pintar ini boleh digunakan untuk 3D Gaming dan ciri yang menjadi idaman ramai iaitu 3D body shaping – menjadikan tubuh lebih ramping dalam imej atau video tanpa menjejaskan latar belakang.

Kewujudan rekaan lubang kecil di sudut kiri pada paparan hadapan peranti juga kecil terlihat menarik. Sekaligus berjaya ‘mematikan’ igauan ngeri ramai pengguna mengenai trend takuk sebelum ini.

Melaluinya, anda boleh menikmati paparan lebih luas dengan saiz skrin 6.41 inci (2310 × 1080) bersama nisbah skrin-ke-kerangka menjangkau 91.8%. Kuasa dalaman didayakan oleh cip Kirin 980 (Dual NPU), pilihan memori 6 / 8GB RAM, storan dalaman 128 / 256GB, dan bateri 4,000mAh.

Lebih menarik, ia disuntik GPU Turbo 2.0 + Liquid Cooling System yang mana membolehkan pengguna bermain permainan dengan lancar tanpa sebarang gangguan teknikal dari segi lag sekaligus memberi kepuasan yang tidak terperi.

Menambahkan lagi keterujaan, peranti ini juga berjaya membolot pelbagai anugerah pada acara CES 2019. Antaranya, Best of CES 2019 (Android Central), Best Tech of CES 2019 (Mashable) dan banyak lagi! Bukan calang-calang yaaa…

[ BACA: CES 2019: HONOR View20 Terima 11 Anugerah ]

Dalam keghairahan itu, HONOR juga tampil dengan produk istimewa baru yang bakal menjadi pelengkap urusan harian anda. Apa agaknya ya? Sudah tentulah, HONOR Watch Magic!

Membawa konsep yang premium, HONOR Watch Magic memang sesuai dipakai oleh wanita mahupun lelaki. Malah, jam pintar ini juga mudah disuai padan dengan pelbagai gaya harian anda.

Paling best, jam pintar ini dilengkapi bateri 178 mAh yang mampu bertahan sehingga 7 hari dan boleh dibawa berenang kerana diselitkan ketahanan kalis air pada tekanan 5ATM.

Bagi yang berminat, HONOR View20 dan HONOR Watch Magic boleh dibeli melalui kedai fizikal terpilih di seluruh Malaysia atau gedung beli belah atas talian, HiHonor (insert link) pada harga berikut:

MODEL PRODUK HARGA
HONOR VIEW20 (6GB + 128GB)
WARNA: Midnight Black & Sapphire Blue
RM1,999
HONOR VIEW20 (8GB + 256GB)
WARNA: Phantom Blue Versi Moschino
RM2,499
HONOR WATCH MAGIC RM599

 

**Advertorial daripada HONOR Malaysia

 

 

You might also like