
Berbekalkan ciri-ciri kamera yang memukau, Siri HUAWEI P30 akhirnya diperkenalkan secara rasmi pada awal minggu lalu dalam sebuah majlis pelancaran di Paris. Justeru, mari kita lihat dengan lebih dekat 12 inovasi hebat pada HUAWEI P30 Pro!

💣 Revolusi 40MP Leica – Ultra Sensitif
Bermula daripada HUAWEI P9 – smartphone pertama di dunia yang bekerja sama dengan Leica sehinggalah tiga kamera dalam siri P20 Pro. Kini, HUAWEI muncul pula dengan HUAWEI P30 Pro yang membawakan inovasi baru dalam dunia fotografi mudah alih.

HUAWEI P30 Pro dibenamkan dengan sistem quad-kamera bersama sensor yang tinggi iaitu 40MP + 20MP (Wide Angle) + 8MP (telephoto) + lensa TOF. Sistem pengimejan baru ini membawa pengalaman foto yang profesional. Tiada sebarang keraguan kerana HUAWEI P30 Pro mendahului senarai dengan 112 mata dalam ranking DxOMark.
💣 Sensor Ultra-Sensing Dengan Kepekaan Sehingga ISO 409600
Kamera utama siri HUAWEI P30 dilengkapi dengan sensor RYYB 1/1.7 inci, yang mana telah melepasi teknologi RGGB selama lebih daripada 40 tahun. Selain itu, ia juga menggantikan piksel hijau dalam tiga warna utama dengan piksel kuning dan jumlah cahaya yang masuk meningkat sebanyak 40%.

Sementara itu, sensitiviti HUAWEI P30 Pro adalah tinggi dengan ISO 409600. Manakala, HUAWEI P30 pula mencecah ISO 204800 – Hal ini secara tidak langsung menjadikannya sangat mudah untuk mencapai pukulan cahaya gelap.

💣 Super Zoom – Sokongan 50X Zoom
Kamera HUAWEI P30 Pro mempunyai lensa telefoto periscope yang boleh mencapai 5X zoom optikal, 10x zoom hibrid dan 50x zoom. Panjang fokus ialah 16mm-1343mm dan sokongan AIS + OIS digabungkan menjadi satu – menjadikan kesan zoom lebih stabil dan gambar terhasil dengan jelas.


💣 HUAWEI TOF Camera
Kamera HUAWEI P30 Pro mempunyai keupayaan kedalaman dan pengesanan 3D yang hebat. Dengan algoritma potret segmentasi, ia boleh mengesan ketepatan dengan lebih tinggi dan menunjukkan kesan blur semulajadi.

💣 Rakaman Malam Yang Sempurna
Siri HUAWEI P30 mempunyai peningkatan baru pada mod pengambaram malam. Dengan sensor Ultra-sensing, peningkatan pada ISP, penambahbaikan pada perkakasan NPU dan sokongan AIS + OIS digabungkan menjadi satu – Siri P30 membolehkan pengguna merakam adegan malam yang indah dengan sempurna.

💣 Penambahbaikan Kamera Lebih Menakjubkan
Siri HUAWEI P30 menggabungkan sokongan AIS + OIS menjadi satu, sekaligus meningkatkan prestasi anti goncang bagi menjadikan gambar lebih menakjubkan. Selain itu, HUAWEI turut menaik taraf prestasi Water Flowing Mode – di mana apabila air terjun, air pancut atau sebarang percikan air dikesan, ia dapat menangkap imej air yang mengalir dengan sempurna.


💣 Mode Dual-View Video
Siri HUAWEI P30 juga hadir dengan ciri videografi yang baru iaitu Dual-View Video mode terbina pada HUAWEI P30 Pro. Ciri menarik ini membolehkan pengguna merakam video secara serentak menerusi kanta super sudut lebar dan lensa telephoto – ia turut menyokong pelarasan zoom dan fokus secara bebas.

💣 Teknologi Paparan Pemancar Bunyi Inovatif Magnet
HUAWEI P30 Pro dilengkapi dengan paparan pemancaran bunyi magnet – dengan mengintegrasikan pembesar suara berkualiti tinggi ke dalam skrin telefon. Ia menggunakan teknologi HUAWEI Acoustic Display bagi mencapai kualiti yang tinggi, kuat dan jelas.

💣 Cap Jari Terbina Dalam Skrin – Tindak Balas Lebih Cepat
Siri HUAWEI P30 dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari yang terbina dalam skrin – kelajuan menyahkunci peranti dikatakan meningkat sebanyak 30% sekaligus memberikan pengalaman baru yang lancar dan lebih selamat.

💣 Bateri Besar + Pengecasan Pantas 40W
Siri HUAWEI P30 menawarkan ketersediaan bateri yang cukup besar – terutamanya untuk HUAWEI P30 Pro iaitu bateri berkapasiti 4,200 mAh dengan sokongan HUAWEI SuperCharge 2.0 di bawah output 40W (melalui USB-C). P30 Pro juga menyokong pengecasan tanpa wayar pada kadar kuasa 15W.

💣 Sistem Operasi Baru – EMUI 9.1
Siri HUAWEI P30 dilengkapi dengan sistem operasi terbaru iaitu EMUI9.1 berasakan Android 9 untuk pengalaman baru:

- Sistem fail EROFS mempunyai peningkatan purata bacaan sebanyak 20%;
- Pertama yang dilengkapi GPU Turbo 3.0 – menyokong tambahan 19 permainan untuk pengalaman permainan terbaik;
- Editor pintar, suntingan automatik, dan persembahan yang menarik;
- Teknologi inovatif “OneHop” yang boleh menghantar dokumen dengan pantas;
- Kunci kereta pintar – Telefon boleh digunakan untuk membuka pintu kereta, menghidupkan enjin kereta dan mengunci kereta;
- Telefon pintar yang disambungkan ke treadmill.
💣 Pilihan Warna Menarik
Siri HUAWEI P30 membawakan pilihan warna yang menarik, sekaligus dilihat mampu menawarkan sesuatu yang luar biasa buat semua pengguna. Tersedia dalam empat warna seperti Amber Sunrise, Breathing Crystal, Black dan Aurora, siri HUAWEI P30 pasti menyinari setiap langkah anda dengan penuh gaya!

Berikut adalah 12 inovasi hebat dalam siri HUAWEI P30 dan lebih banyak maklumat menarik bakal didedahkan pada pelancaran di Malaysia kelak. So, stay tuned! Maklumat lanjut layari : HUAWEI Malaysia

