Wajib Beli! 10 Sebab Power Kenapa Korang Perlu Memilih vivo V15 – Part Paling Last Buat Ramai Terkejut

Benda ni mungkin normal, bila bercakap mengenai smartphone yang baru keluar…Mesti ada mulut-mulut akan bertanya: Eh! Apa yang bestnya telefon ni? Okay ke kamera telefon ni? Okayyy, relax. Mungkin apa yang kami sebutkan tadi antara persoalan yang sering kali bermain di kepala. Tapi, percayalah korang tidak akan menyesal kalau memilih vivo V15 dan inilah sebabnya…

1) Tiga ‘Mata’ Utama Super Canggih

Bukan satu, bukan dua tapi tiga kamera utama! vivo V15 ditanam tiga kamera utama pada bahagian belakang dengan lensa 12MP (f/1.78) + 8MP (f/2.2) + 5MP (f/2.4) yang super canggih. Gabungan lensa ini mampu menghasilkan gambar yang jelas dan tajam tanpa noise. Confirm gambar yang korang ambil stunning sebiji macam photographer professional!

Tidak ketinggalan, V15 juga mempunyai sejumlah ciri-ciri berasaskan AI di dalamnya seperti AI Face Shaping – berfungsi untuk menyempurnakan wajah dalam foto dan AI Body Shaping – menjadikan bentuk badan seseorang lebih menarik.

 

2) Lensa Sudut Lebar Untuk Gambar Luar Biasa

Kamera V15 juga dipasang dengan lensa sudut lebar 8MP (AI Super Wide-Angle) dan ia memperluaskan pandangan anda hingga 120 darjah. Dengan adanya lensa ini, korang kini tidak perlu lagi berapat-rapat semata untuk bergambar.

Bahkan, gambar OOTD korang pastinya menjadi lebih menarik dengan efek pemandangan lebih luas! Aduhai, sungguh menggoda. Tak perlu pening-pening, pilihan yang mudah, kan?

 

3) Kamera Selfie Timbul (Pop-up) 32MP

Berita gembira untuk yang suka selfie! V15 tidak hanya memiliki kamera utama yang hebat, ia juga didatangkan dengan kamera selfie 32MP (f/2.0) dengan prestasi yang tiada tandingan. Dengan hanya satu klik, korang boleh mengambil selfie yang cantik dengan butiran muka yang jelas tanpa aplikasi tambahan.

Istimewanya lagi, V15 menggunakan konsep kamera selfie timbul bagi mendapatkan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi sehingga 90.95%. Biar betul? Memang best weyyy!

 

4) Prestasi Tinggi – Ruang Memori Terbaik

Bukan nak propa tetapi tenyata ini kebenarannya. Dengan V15, kini korang tidak perlu risau mengenai masalah penyimpanan tidak cukup kerana memori disediakan adalah besar. V15 memiliki memori 6GB RAM bersama 128GB simpanan dalaman – membolehkan korang simpan lebih banyak data dan memudahkan kerja ‘multitasking’. Masih tidak cukup? Jangan risau! Slot mikro SD turut disediakan – boleh dikembangkan sehingga 256GB. Terbaik oiii!

V15 juga boleh dikira khusus untuk kaki ‘gamer mobile’ – dilengkapi ciri Mod Mode 5.0. Melaluinya permainan akan lebih lancar dan Dual-Turbo pula dapat mengurangkan frame-drop hingga 300%. Peh! Cayalah vivo

 

5) Tiga Slot Kad

Bosan dengan sokongan slot kad hibrid? Rasa benda ni remeh? Haa..V15 dibina dengan tiga slot kad secara berasingan. Ini membolehkan anda meletakkan dua nano SIM dan kad mikroSD secara serentak. Jadi, tenang-tenang saja okay!

 

6) Reka bentuk Premium – Selesa Dipegang

V15 diperkemaskan dengan rekaan yang eksklusif dan tampak mewah. Badan telefon ini dilihat tidak terlalu besar atau terlalu kecil, sebaliknya sedap untuk dipegang dan simpan dalam saku poket. Yang bestnya lagi, V15 memang sesuai untuk korang yang suka melakukan tugasan menggunakan smartphone.

Eh! Kenapa? Sebabnya, ia dibina dengan paparan penuh bersaiz 6.53 inci yang mampu memberikan lebih kepuasan tontonan dan kualiti warna terhasil memang tidak diragui. Puas hati weyyy…Barulah sedap mata memandang, nak stalk instagram crush pun boleh fokus!

 

7) Bateri Tahan Lama – (4,000mAh)

Seolah-olah sudah menjadi kebiasan, salah satu perkara yang selalunya dititik berat adalah jangka hayat bateri. Dengan bateri kapasiti 4,000mAh pada V15, kini korang tidak perlu bawa powerbank lagi.

 

8) Ciri Keselamatan Level A+

Bukan calang calang ya…V15 dilengkapi teknologi pengimbas capjari fizikal yang seksi di belakang peranti. Korang hanya perlu letakkan jari pada pengimbas dan ia akan membuka kekunci pada smartphone dalam masa yang sangat pantas…Wuhuuu, pantas! Tidak perlu risau lagi…File peribadi korang pasti selamat!

 

9) Keupayaan AI Yang Mengagumkan

Bagi menambahkan pengalaman pengguna, V15 mempunyai pembina Google yang terbina, jadi korang boleh mendapatkan bantuan pada bila-bila masa dengan hanya menggunakan arahan suara ringkas. Dengan V15 juga, korang boleh mengedit video dengan baik seumpama professional menerusi video editor!

 

10) Harga Tak Cekik Darah – Buat Tulang Rusuk Bergetar

Part ni memang paling best, bergetar-getar tulang rusuk bila tahu tahu pasal benda ni…Harga V15 sememangnya terbaik, murah dan berbaloi-baloi iaitu RM1,299 (RM1,399) sahaja! Dengan pelbagai kelebihan dan keunikan tersen diri, harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Ditambah dengan hiasan warna memukau seperti Topaz Blue dan Glamour Red, kini korang boleh bergaya seperti superstar!

Jom beli vivo V15?

 

You might also like