- Iklan -

[Tertiris] Samsung Galaxy S9 Dan Galaxy S9+ Tunjuk Rupa Belakang Pula

Sebelum ini kita dah melihat panel depan Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ akan menyediakan paparan Infiity Display dengan bezel yang nipis. Dalam perkembangan lanjut, baru-baru ini ada pembikin video berkongsi satu video memaparkan panel belakang siri Galaxy S terbaru.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+

Menurut sumber imej yang diambil kemungkinan sudah disunting dengan menaikkan tahap keterangan tetapi dari segi rekaan ia tidak jauh beza dengan rekaan sarung peranti yang tertiris beberapa bulan lalu.

Apa yang boleh dilihat, Samsung Galaxy S9 akan hadir dengan kamera tunggal di depan manakala model diatasnya menggunakan fungsi dwi kamera dimana kedua-duanya dibekalkan dengan cip terbaru Samsung iaitu Exynos 9810. Samsung juga dikatakan akan kekal menyediakan bicu audio jack walaupun ia semakin disingkirkan pada peranti dari jenama lain.

Sumber

You might also like