[Khabar Angin] iPhone SE 2 Akan Hadir Dengan Rekaan Kaca Dan Pengecasan Tanpa Wayar

Apple telah melancarkan iPhone SE pada Mac tahun 2016. Peranti ini dicipta bagi mereka yang inginkan iPhone berspesifikasi tinggi tetapi pada harga ‘bajet’ – setidaknya anda tidak perlu berbelanja kos yang sama untuk iPhone 7 mahupun iPhone 6s pada masa itu. Apple juga mendapati ramai pengguna masih inginkan telefon pintar bersaiz kompak.

Rekaan konsep yang dikatakan iPhone SE 2

 

Kini, desas-desus mengatakan Apple akan mengembalikan iPhone SE dengan rekaan yang lebih baru menggunakan binaan berasaskan kaca. Apabila penggunaan kaca digunakan pada kerangkan badan, ini bermakna peranti ini akan menyokong pengecasan pantas. Tidak mustahil oleh kerana model yang lepas iPhone 8, iPhone 8 Plus, dan iPhone X telah menyokong fungsi sebegini.

Menerusi kongsian dari 9To5Mac, iPhone SE generasi kedua akan dilancarkan beberapa bulan dari sekarang dengan mengekalkan saiz skrin 4-inci. Peranti ini akan menawarkan pemproses lama A10 seperti yang terdapat pada jantung iPhone 7.

Jika Apple masih mengekalkan reka bentuk dan identiti asal iPhone 5, telefon ini akan hadir dengan bicu audio. Tetapi jika Apple melakukan perubahan, harapan untuk mencucuk fon telinga secara terus perlu dilupakan.

Jadi dengan khabar angin ini, adakah anda akan berasa teruja untuk mendapatkan iPhone terbaru pada harga kompetitif?

Sumber

You might also like