Pengguna iPhone Sudah Boleh Mengemas Kini iOS 10.3.3

Apple baru sahaja mengeluarkan satu kemas kini terbaru untuk peranti iPhone dan iPad. Pengguna-pengguna iOS 10 boleh menyemak halaman settings>general>software update untuk memuat turun kemas kini versi 10.3.3.

Selain saiz fail yang kecil dengan hanya 84.4MB, ini bukanlah satu kemas kini yang besar tetapi hanya membaiki sistem keselamatan iPhone dan iPad serta membaiki beberapa perkara kecil yang lain.

Anda yang ingin memuat turun, disarankan supaya menggunakan sambungan Wi-Fi yang stabil bagi mengelakkan masalah perisian atau gunakan altenatif lain iaitu melalui iTunes di komputer atau iMac.

You might also like