Kemas Kini ASUS ZenFone Max Pro (M1) Membawakan Kecepatan Imbasan Cap Jari

ASUS ZenFone Max Pro (M1) telah diperkenalkan di pasaran Malaysia beberapa bulan lalu. Peranti ini dijual dengan harga yang kompetitif dan boleh dikatakan telefon pertengahan paling berbaloi untuk dimiliki setakat ini.

Namun, pada masa itu kami mendapati peranti ini tidak berada dalam keadaan yang baik terutamanya daripada segi perisian dalaman. Menjadi perkara normal selepas peranti baharu dilancarkan, pihak pengeluar akan melepaskan kemas kini untuk membaiki isu-isu yang dihadapi pengguna.

Jadi dengan itu, mulai hari ini pengguna ASUS ZenFone Max Pro (M1) boleh mula memuat turun kemas kini terbaru melalui FOTA (firmware over-the-air) menggunakan perisian versi 15.2016.1805.309. Kemas kini turut membawakan sokongan SIM daripada telco luar negara dan yang paling penting ialah sistem pengimbas cap jari telah dioptimumkan untuk menjadi lebih cepat selain meningkatkan prestasi kamera.

Tiada maklumat lain disertakan buat masa ini dan pengguna boleh melakukan kemas kini di bahagian Settings > System Update.

Reviu Eksklusif: ASUS ZenFone Max Pro (M1), Peranti Berkuasa Pada Harga Serendah RM699

You might also like