
HUAWEI Dedah 6 Peranti Terima Kemas Kini Android Q?
Seperti yang kita ketahui, krisis di antara HUAWEI dan Amerika Syarikat masih lagi berlangsung. Namun HUAWEI tetap terus mengorak langkah ke hadapan. Terbaharu, HUAWEI dikatakan telah menambah 6 lagi model yang bakal menerima kemas kini jadual Android Q.
Maklumat ini terdedah menerusi laporan yang dikeluarkan oleh GizChina yang menunjukkan bahawa kemas kini Android Q ini bakal tersedia di Sepanyol.
Berikut merupakan 6 peranti yang menerima kemaskini Android Q:
- HUAWEI Mate 10
- HUAWEI Mate 10 Pro
- HUAWEI Mate 10 Porsche Design
- HUAWEI Mate 20 Lite
- HUAWEI Mate 20 X
- HUAWEI Mate 20 RS Porsche Design
Walaubagaimanapun, tiada sebarang ura-ura atau maklumat mengenai kemas kini di pasaran Malaysia. Jadi sama-sama kita nantikan.