VIDEO UJIAN KETAHANAN TERHADAP DUA PERANTI BERBEZA! SAMSUNG GALAXY S7 & SAMSUNG GALAXY S7 EDGE

Apabila sebut sahaja mengenai model keluaran Samsung iaitu Galaxy S7 dan S7 edge, pasti ramai yang tidak sabar untuk memilikinya. Bukan itu sahaja, ramai juga yang tidak sabar untuk melihat sendiri ujian ketahanan yang akan dilakukan terhadap model ini memandangkan kedua-duanya smartphone tahan lasak. Adakah ujian ketahanan yang dilakukan kepada kedua-dua smartphone akan berjaya? Lihat sendiri video yang editor sediakan ini. Sebagai tambahan, ia diuji bersama iPhone 6s dan 6s Plus.

Ujian 01: Water Test

Ujian water test ini telah dijalankan dalam senario berbeza, di mana Samsung Galaxy S7 dan iPhone 6s telah diletakkan ke dalam bekas berisi air selama 3 minit. Kemudian, diangkat seketika dan diletakkan kembali di dalam bekas yang sama selama 7 minit.

Berdasarkan kepada ujian yang dijalankan ini, walaupun iPhone 6s tidak menyokong sebarang pensijilan tahan lasak, kedua-dua smartphone ini masih mampu beroperasi dengan baik dan sekali gus berjaya mengharungi ujian di dalam air dengan jayanya. Malah kekuatan speaker kedua-dua smartphone ini masih dapat beroperasi dengan baik. Namun begitu, setelah diletakkan kembali untuk 10 minit seterusnya, pada minit ke 5 iPhone 6s tiba-tiba tersangkut di logo Apple dan terus padam.

 

Ujian 02: Drop Test

Berlainan pula dengan ujian drop test ini, di mana kedua-duanya telah dijatuhkan dari ketinggian yang berbeza.

Pertama, bermula dari paras pinggang ke lantai, kedua-dua masih tidak mengalami sebarang kerosakan cuma sedikit calar di bahagian bawahnya.

Kedua, Galaxy S7 edge dan iPhone 6s dijatuhkan dari paras telinga (ketika sedang bercakap di talian). Walaupun terhentak beberapa kali di lantai, tiada sebarang kesan retakkan pada iPhone 6s dapat dilihat. Tetapi, telah berlaku keretakan yang teruk pada panel Galaxy S7 edge.

Ketiga, dari ketinggian kepala pula skrin kedua-dua smartphone ini masih beroperasi dengan baik. Ini membuktikan iPhone 6s masih hebat walaupun bukan mendapat pengiktirafan untuk peranti tahan lasak.

 

Ujian 03: Freeze Test

Ujian ini sangat menarik dan jarang-jarang dilakukan terhadap smartphone mahupun tablet walaupun ianya telah terbukti tahan lasak. Nampak simple tetapi tidak mudah untuk melakukannya!

Kedua-dua smartphone telah diletakkan ke dalam bekas berlainan dan direndam di dalam air coca-cola. Kemudian, ianya telah diletakkan di ruangan sejuk beku dalam peti ais dengan suhu -24 darjah celcius. Selepas 9 jam, bekas yang berisi smartphone dengan air coca-cola ini telah dicairkan menggunakan air panas.

Ingin tahu apakah yang terjadi? Samsung Galaxy S7 edge masih boleh digunakan seperti biasa. Manakala iPhone 6s Plus pula telah kehabisan bateri. Tetapi ia juga masih mampu beroperasi dengan baik.

 

Ujian 04: Fire & Burn Test!

Selain ujian Freeze Test, ujian ini juga jarang-jarang dilakukan kerana ianya merbahaya dan melibatkan kerosakan teruk. Zach Straley, seorang blogger telah membuat ujian menggunakan api. Dia telah menghalakan api ke paparan skrin kedua-dua smartphone ini, dan setelah diulang beberapa kali smartphone ini tidak boleh digunakan lagi.

 

PENGUMUMAN!! Video ini telah diuji oleh golongan profesional dan hanya tontonan umum semata-mata. Penonton dinasihatkan agar tidak meniru sebarang aksi di dalam video ini.

 

 

You might also like