
MSQRD
Aplikasi fotografi terbaru yang diperkenalkan untuk pengguna Android dan iOS ini pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja. MSQRD membolehkan pengguna membuat gantian wajah (swap) dengan gambar atau wajah pengguna lain, di samping menambah beberapa kesan khas pada wajah dan rakaman selfie yang dilakukan. Selain boleh mengambil gambar, aplikasi ini juga boleh membuat rakaman video dengan pelbagai emotion menarik. Bukan itu sahaja, pengguna boleh mengambil gambar selfie dengan selebriti terkenal dari luar negara. Jangan lupa untuk kongsikan gambar yang telah siap diedit ke laman sosial Instagram, Twitter dan juga Facebook.
Muat Turun
- RM 0
- 45 MB
- Android 4.3 dan ke atas
- RM 0
- 87 MB
- iOS 8.4 dan ke atas