Reviu Eksklusif: ASUS ZenBook 13 Baharu – Kompak & Tampil Dengan Intel Core i7 Generasi Ke-10!!! Memang Terbaik!!

Mahukan komputer riba yang kecil, ringan dan mudah dibawa tetapi hadir dengan spesifikasi yang sangat mantol? Ini dia jawapan bagi kehendak anda. ASUS ZenBook 13. Namun sejauh manakah kehebatan peranti ini. Adakah hanya cantik sahaja diluar? Jom kita tengok!

Kompak & Cantik!

Kita lihat sahaja peranti ini sudah dapat melihat nilai eksklusifnya. Sungguhpun kecil, tapi ia mempamerkan rekaan yang sangat ‘seksi’ dan kemas.

Peranti ini tampil dengan material metal namun sangat ringan. Jadi sangat sesuai untuk di bawak ke mana sahaja. Kalau nak tahu, ia merupakan laptop 13″ paling nipis di dunia iaitu 13.99mm dengan berat 1.07kg yang hadir dengan set penuh I/O ports termasuklah HDMI dan USB-A.

Anda juga boleh membuka peranti ini sehingga 150 darjah dan ia sedikit ke atas. Jadi sangat selesa untuk menaip dan juga sistem aliran udaranya.

Meh, editor belanje sikit rupa paras keseluruhan peranti ini!

Kecil Tapi Sado!

Ada sesuatu yang menarik mengenai peranti ini. Sungguhpun ia kecil, tetapi ia tampil dengan daya tahan yang sangat baik. Jadi tidak hairanlah ia melepasi piawaian ketenteraan MIL-STD-810G U.S. Pelbagai ujian telah dilepas, tak kira sama ada Altitude test, Drop test, High atau low Temprature test, kesemuanya telah dilepasi oleh peranti ini.

Paparan Lebih Terang, Jelas dan Jimat Kuasa!!

Menariknya mengenai peranti ini, sungguhpun ia kecil, tetapi ia memaparkan paparan yang sangat jelas dan terang. Tampil dengan 13.3” Full H dan Nanoedge memberikan perspektif baharu pada peranti ini. Tidak hairanlah ia hadir dengan nisbah skrin ke kerangka 88%.

Hadir Dengan Intel Core i7!! Memang Superb!!

Peranti ini hadir dengan pemproses yang berkuasa iaitu Intel Core i7 Generasi ke-10 dan dipadankan dengan sehingga 8GB LPDDR4X 3200MHz yang memberikan prestasi yang sangat baik. Tiada lag ketika editor menggunakan peranti ini khususnya ketika melaksanakan multitasking.

Justeru, kami cuba menguji peranti ini menerusi User benchmark. Ternyata ia memperlihatkan keputusan yang sangat baik khususnya pada sistem operasinya.

Bateri Bertahan Sehingga 22 Jam!!

Ini antara yang best apabila peranti ini hadir dengan bateri yang sangat besar iaitu 67Wh yang mana ia dikhabarkan mampu bertahan sehingga 22 jam!! IA juga dikatakan mampu mengecas sehingga 60% dalam masa 49 minit sahaja.

Jadi kami melakukan ujian pengecasan ke atas peranti ini. Kami mula mengecas pada jam 10.42 pagi iaitu ketika bateri 13%. Ia dicas penuh pada jam 12.55 tengahari.

Audi Terbaik Dari Harmon Kardon!

Jika dilihat dari aspek sistem audio juga tidak mengecewakan. Sungguhpun tubuhnya yang kecil, tetapdi ia tampil dengan audio yang sangat kuat dan jelas. Tidak hairanlah kerana ia mendapat pensijilan daripada Harmon Kardodn!! Tak percaya? Dengar la sendiri!!!

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, peranti ini melepasi kesemua kriteria yang ditetapan oleh editor bagi komputer riba kompak. Dari segi rekaan, paparan, kuasa dalaman mahupun baterinya. KEsemuanya memperlihatkan ia memparkan kuasa yang sangatr menakjubkan. Jadi berbaloi untuk dimilki.

Menariknya, bagi 20 orang pembeli pertama, akan mendapat diskaun rebat RM100 di Shopee . Pembeli awal boleh menggunakan kod baucar ‘ASUSZB100’.

You might also like