
Activision Blizzard Menyiarkan Rancangan eSports Melalui Facebook
Letusan tren dan pengaruh eSports semakin besar kebelakangan ini, berita terbaru adalah Activision Blizzard’s Media Networks merancang untuk menggunakan Facebook sebagai medium penyiaran eSports, atau pertandingan permainan video kepada orang ramai dan juga peminat sedia ada.
MLG.tv akan memainkan peranan utama dalam usaha tersebut bagi membekalkan kandungan dan siaran langsung pertandingan eSports kepada lebih 1.6 bilion pengguna Facebook. MLG.tv adalah platform streaming yang diambil alih oleh Activision Blizzard pada penghujung tahun lalu dan menjadi watak penting dalam penyiaran kandungan permainan dan eSports bagi Activision Blizzard.