Peranti Android Go Nokia 2.1 Dilancarkan Pada Harga RM415

1585
- Iklan -

HMD Global telah mengumumkan kehadiran Nokia 2.1 yang berharga RM415 akan mula dijual pada hari ini 17 Ogos. Sebagai sebuah peranti peningkatan bagi model Nokia 2 yang diperkenalkan pada tahun lalu, Nokia 2.1 menawarkan sistem Android Oreo (edisi Go) yang direka khas untuk peranti pintar di bawah 1GB RAM.

Paparan skrin 5.5 inci HD hadir bersama dua speaker stereo yang mampu memberikan hiburan sepanjang masa dengan adanya kapasiti bateri sebesar 4,000mAh. Cip pemproses Snapdragon 425 dijanakan pada Nokia 2.1, turuts serta dengan kamera utama beresolusi 8MP dan kamera hadapan 5MP.

Nokia 2.1 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Biru/Tembaga dan Kelabu/Perak, mula dijual hari ini dengan harga RM415.