Digi Melancarkan iFleet – Menjejak Pergerakan Kenderaan

Terdapat 27 juta kenderaan baru telah didaftarkan di Malaysia dengan populasi penduduk seramai 30 juta orang, bermakna nisbah kenderaan dan orang awam hampir 1 kepada 1. Oleh itu, Digi mengambil kesempatan menjadi salah satu syarikat yang menawarkan satu alat penjejak kenderaan yang dikenali sebagai iFleet telah dilancarkan secara rasminya sebentar tadi.

Antara syarikat yang telah menggunakan iFleet

Disebabkan sikap pemandu Malaysia yang kurang prihatin dengan berlakunya banyak kemalangan, Digi menganggap setiap pemilik kenderaan perindustrian mahupun persendirian perlu memasang iFleet di kenderaan mereka seperti kereta, van, bas, lori termasuk motosikal supaya ia dapat merekod setiap pergerakan, mengenalpasti kelajuan yang dipandu, malah dapat membantu siasatan jika berlaku kemalangan berdasarkan rekod setiap minit yang dihantar ke pusat analisa Digi.

Harga yang ditawarkan

Selain itu, majikan yang melanggan perkhidmatan ini dapat memantau sikap pemandu dan seterusnya mengambil langkah sewajarnya. Digi juga menyediakan rangkaian yang baik seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan komitmen bulanan sebanyak RM90, manakala kepada pelanggan sedia ada Digi hanya dikenakan komitmen serendah RM75 sebulan. Sekiranya pelanggan yang keluar negara seperti Thailand atau Singapura, Digi juga menawarkan perkhidmatan perantauan pada kadar bayaran tertentu, ini bagi memastikan pelanggan dilindungi sepanjang masa di mana jua.

Praveen Rajan, Ketua Pegawai Digital Digi

Peranti iFleet ini berukuran sebesar sebuah telefon pintar bersaiz 6 inci, akan dipasang pada bateri kenderaan tanpa membuat sebarang pemotongan wayar.

You might also like