Strim & Tonton Perlawanan Penuh Liga Perdana Inggeris Musim 2021 Secara Langsung dan HD menerusi sooka!!

sooka, satu-satunya platform hiburan tempatan yang menyiarkan secara ‘LIVE’ perlawanan bolasepak serta pelbagai acara sukan kegemaran rakyat Malaysia, kini terus menyampaikan lebih banyak kandungan sukan hebat sepanjang bulan Ogos ini. App striming mudah alih sooka bakal menyiarkan 380 perlawanan Liga Perdana Inggeris 2021 – secara ‘LIVE’, dan HD (definisi tinggi), dan boleh ditonton terus melalui alat mudah alih para penggemar sukan bolasepak bertaraf global ini.

Kesemua perlawanan Liga Perdana Inggeris akan dibawa secara langsung menerusi app sooka, yang boleh diperoleh di kedua-dua versi peralatan Apple iOS dan Android, hanya pada harga RM41.90 sebulan, dengan melanggan pelan VIP+Sports. Pengguna juga boleh memilih untuk menonton perlawanan pasukan kegemaran masing-masing dengan membeli pas tunggal semurah RM7.90 setiap perlawanan.

Bagi mendapat kemaskini tentang sooka, ikuti Facebook sooka Malaysia, dan Instagram, atau layari sooka.my.

You might also like