
Pemilik Nexus Menikmati Muat Naik Gambar Kualiti Asal
Tahukah anda bahawa kebanyakan servis cloud memampatkan gambar anda sebelum ia memuat naik fail tersebut ke dalam sistem storan mereka, ini dilakukan atas pelbagai sebab, antaranya adalah menjimatkan ruang storan dan bagi menjimatkan data Internet anda apabila anda mengakses semula fail tersebut.
Namun tidak semua pengguna suka apabila fail gambar mereka dimampatkan, ini kerana kualiti gambar akan sedikit terjejas. Tetapi ada berita baik sekiranya anda seorang pemilik peranti Nexus, Google mengumumkan bahawa gambar dalam kualiti asal akan dimuat naik dari peranti model Nexus ke dalam sistem Google Photos
Sebelum ini gambar yang lebih besar daripada 16 Megapiksel dan video yang lebih besar daripada 1080p perlu dikecilkan terlebih dahulu untuk muat naik tanpa had. Ini mungkin sahaja menjadi salah satu sebab untuk mempertimbangkan mengapa Nexus harus menjadi peranti milik anda seterusnya.