

Eksklusif bersempena dengan Hari Valentine, realme Malaysia membawakan sebuah ‘varian baharu’ untuk realme 5 Pro iaitu Chroma White (8GB RAM + 128GB ROM). Peranti ini boleh didapati dengan hanya RM999 sahaja! Lebih mengujakan, edisi terhad ini hanya ditawarkan sebanyak 500 unit sahaja – siapa cepat dia dapat! So, kepada yang berminat ketersediaan bermula 4 Februari ini, jam 12 pagi menerusi Shopee.

SPESIFIKASI RINGKAS REALME 5 PRO :
- 6.3″ FHD+ IPS LCD
- Nisbah skrin ke badan : 90.6 %
- Snapdragon 712 AIE (10nm)
- 8GB RAM + 128GB ROM
- Kamera Utama : 48MP(f/1.8) + 8MP(f/2.2) + 2MP(f/2.2) + 2MP(f/2.4)
- Kamera Hadapan : 16MP (f/2.0)
- 4,035mAh (menerusi USB-C)
- Crystal Green, Sparkling Blue & Chroma White

