Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy A71 Peranti Hisptur Dengan Kuasa Luar Biasa!

Semua orang pasti mengetahui mengenai jenama peranti Samsung yang sangat terkenal di seluruh dunia. Terkini mereka baru melancarkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Samsung Galaxy A71. Tapi korang mesti nak tahu secara keseluruhan mengenai peranti ini, adakah baik dan berbaloi untuk dimilki atau hanya sekadar pelengkap siri Galaxy A! Jom baca!!!

 

Spesifikasi Ringkas

Sebelum kita nak tahu dengan lebih lanjut mengenai peranti ini, korang kena tahu la spesifikasi ringkas peranti ini.

❤ 6.7″ Super AMOLED FHD+ Infinity – O Display
❤ Octa Core (Dual 2.2GHz + Hexa 1.8GHz)
❤ 8GB RAM + 128GB ROM
❤ MicroSD slot (sehingga 512GB)
❤ Kamera Utama : 64MP (f/1.8) + 5MP (f/2.2) + 5MP (f/2.4) + 12MP (f/2.2)
❤ Kamera Depan : 32MP (f/2.2)
❤ 4500 mAh + 25W Super Fast Charging
❤ Pengimbas Cap Jari Pada Skrin & Pengimbas Wajah
❤ Warna : Prism Crush Black, Prism Crush Silver & Prism Crush Blue
❤ Harga: RM1799

 

Rekaaan Mencolok Mata!

Kalau korang lihat rekaan yang ditampilkan pada peranti ini, sangat seksi. Rekaan pada panel belakang sangat rare apabila ia kelihatan seperti potongan diamond dan di tambah dengan warna Prism Crush Blue memberikan suntikan nafas baru pada rekaan peranti ini.

Panel belakang juga kelihatan sedikit melengkung bagi memberikan keselesaan ketika memegang.

Susunan kamera dalam kotak segi empat tepat memberikan nafas baharu dalam rekaannya.

Pada skrin hadapan, ia tidak dihadirkan dengan notch atau pop-up kamera, tetapi ia didatangkan dengan infinity-O yang memberikan sisi baharu pada peranti ini.

Tak puas lagi? Nah tengok rupa paras secara keseluruhan peranti ini:

 

Paparan Penuh Memang Best!

Kalau korang nak tau peranti ini tampil dengan skrin yang sangat luas iaitu 6.7″ Super AMOLED FHD+. Itu pun dah memang best giler!! Tapi Samsung tak berhenti di situ, ia turut dihadirkan dengan infinity-O yang mana kamera berada di bahagian atas skrin. Ia sekali gus memberikan paparan yang lebih luas. Serius puas!!!

Warna yang terhasil pada peranti ini juga sangat baik dan tepat serta sangat vibrant. kalau bermain game atau menonton video sangat best!!! Try tengok ini!

 

Kuasa Dalaman Seperti Raksasa!

Samsung Galaxy A71 ini tampil dengan pemproses yang berkuasa bagi kelasnya iaitu Octa Core (Dual 2.2GHz + Hexa 1.8GHz). Dipadankan dengan 8GB RAM + 128GB ROM melengkapkan keupayaan mengagumkan ini.

Tapi kami tak mahu bergantung spesifikasi di atas kertas sahaja. Kami menguji peranti ini menggunakan AnTuTu benchmark dan GeekBench 5. Ternyata hasil daripada ujian ini memperlihatkan prestasi yang sangat baik khususnya dari segi kelancaran sehingga mencatatkan 273011 bagi AnTuTu Benchmark dan 545 bagi single core dan 1734 multi core score bagi GeekBench 5.

AnTuTu Benchmark

GeekBench 5

 

Kamera 64MP Memang Luar Biasa!

Samsung Galaxy A71 ini tampil dengan kamera yang sangat menakjubkan iaitu 64MP(f/1.8) + 5MP(f/2.2) + 5MP(f/2.4) + 12MP(f/2.2). kamera hadapan pula dihadirkan dengan 32MP(f/2.2).

Kualiti gambar yang dipamerkan sangat baik khususnya perincian pada hasil gambar. Sangat jelas dan tidak pecah!! Warna yang terhasil juga sangat baik!

Wide angle juga sangat baik apabila ia mampu merakam sehingga 123 darjah. Lebih banyak visual yang boleh dirakam.

Gambar macro juga sangat baik apabila ia dapat fokus pada imej yang dekat tanpa kabur dan kualiti yang dihasilan juga sangat baik. Bokeh yang dipamerkan juga sangat baik.

Tak puas tengok lagi? Nah tengok sampai puas!!!

 

Main Game Pun Syiok!!

Kalau korang nak main game guna telefon ini pun memang best giler sebab dia ada Game booster. Menariknya, Game Booster ini memberikan kesan grafik yang sangat smooth, paparan hebat dan mengoptimumkan bateri, suhu dan memori. Tak ada lag ketika bermain game dan peranti juga tidak cepat panas.

 

Apa kata Editor

Secara keseluruhan, Samsung Galaxy A71 ini merupakan sebuah peranti yang sangat baik dan berbaloi untuk korang miliki khususnya mereka yang suka merakam gambar. Kamera utama 64MP ini nyata memberikan hasil gambar yang sangat baik!! Nak buat main game pon best dengan paparan yang sememangnya luas giler!! jadi berbaloi kalau korang nak beli! Dengan harga hanya RM1799 yang pastinya mampu milik membuatkan anda tak sabar untuk beli lah!!!!

_______________________________

Artikel Berkaitan:
You might also like