56.5 Juta Unit iPhone Dijangka Terjual Setakat Tiga Bulan Pertama Tahun 2016
Antara jenama smartphone yang sering mendapat perhatian setiap kali tampil dengan model terbaru di pasaran, tidak lain tidak bukan sudah tentunya model iPhone keluaran Apple. Tidak dinafikan lagi permintaan terhadap iPhone boleh dianggap sangat positif apabila ia sering memperlihatkan catatan jualan yang sangat memberangsangkan di pasaran global.
Berdasarkan kepada analisis yang telah dijalankan Morgan Stanley, untuk tempoh tiga bulan tahun ini sahaja sebanyak 56.5 juta unit iPhone dijangka akan terjual di seluruh dunia. Jangkaan ini dibuat apabila sebanyak 49 juta unit iPhone telah berjaya dijual oleh Apple bermula Januari yang lalu sehingga artikel ini ditulis iaitu pertengahan Mac, bahkan pihak Apple sendiri telah menganggarkan ia mampu menjual sebanyak 52 juta unit. Sungguhpun begitu, sebenarnya dapat dilihat penurunan jualan iPhone jika dibandingkan dengan tahun 2015, yang mana telah mencatatkan rekod jualan sebanyak 74.8 juta unit bagi tempoh yang sama.

