
Gelang Tangan Pintar realme Dijangka Muncul Pada Bulan Februari 2020!
Terdahulu, kami pernah berkongsi artikel berkaitan realme pernah mengacah orang ramai dengan pengenalan gelang tangan pintar keluaran mereka pada acara pelamcaran realme 5i di peringkat global, baru – baru ini. Rentetan daripada itu, realme kini berkongsi khabar gembira dengan mengatakan bahawa ia bakal dilancarkan secara rasmi bulan hadapan iaitu Februari 2020.
Pun begitu, realme masih berteka – teki mengenai spesifikasi dalamannya. Namun, ramai membuat spekulasi bahawa ia bakal menyertakan penawarans ejumlah spesifikasi yang lebih kurang seperti Mi Band keluaran Xiaomi – boleh memantau kadar aktiviti kecergasan dan sebagainya. Adakah peminat setia realme teruja dengan perkongsian ini? Sama – sama kita tunggu harga penawarannya!