Samsung Galaxy Note9 512GB Akan Dikeluarkan Di Pasaran Terpilih

Setelah lama khabar angin mengatakan Samsung Galaxy Note9 bakal dilengkapi skrin sebesar 6.4-inci dan bateri sebesar 4,000mAh, kini satu lagi khabar angin yang cukup menarik disebarkan! Menurut twitter SamsungMobile.News, Galaxy Note9 berkapasiti 512GB ROM akan dipasarkan di negara tertentu termasuk Korea dan China.

Dari segi reka bentuk, dipercayai rekaan Galaxy Note9 tidak jauh beza dengan Galaxy Note8, tetap menggunakan bingkai aluminium dan salutan kaca pada panel depan dan belakang. Sehingga kini masih tiada berita lanjut lagi dari pihak Samsung, sama ada ia akan hadir bersama 6GB RAM dan chipset Exynos 9810 Octa-core, kita tunggu sahaja pelancaran rasmi nanti.

 

You might also like